Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Saturday 26 November 2011

kehidupan di tempat baru, aku boleh survive ker nie?!

Hye hello assalamualaikum semua, same like how I introduce myself kat dalam kelas BEL yang pertama ( kelas english language).

Bersua kita lagi setelah lebih kurang seminggu lebih tidak dengar cerita hehe. How are you doing? Cewahh, speaking plak kaw Syuhada. Bagaimana hidup? Semakin ceria atau semakin murung? Oke, dah banyak sangat nie aku tanya. Mesti korang akan tanya aku balik kan...? Haaishh, tak payah nak tanya sangat lahh. Aku masih di dalam keadaan yang sama. Cuma bezanya aku sudah semakin busy dengan kelas - kelas serta aktiviti - aktiviti dalam kampus. Heheheh, best lar jugak. Masih lagi sedang cuba untuk biasakan diri.



Memang masa time hari first aku rasa nak balik sangat sebab tak tahan dengan 'seksaan' kakak - kakak OC yang jaga MDS (Minggu Destini Siswa) kitorang. Haha, tak cukup tido, terpaksa duduk di tengah jalan seawal 4.45 pagi. Then, berarak cepat - cepat dari kolej ke DSI (Dewan Sri Iskandar). Tempoh masa makan yang diberi hanya 5 minit jeh. Mesti pakai baju kurung n pakai seluar track dalam kain. Ohh, sangat panas. Kena marah bila tersengguk - sengguk kat dalam DSI. Aku sampai terbaring - baring kat dalam PI (Pusat Islam, masjid) time solat subuh. Sebab tidur pun tak cukup, aktiviti sampai tengah malam. Sangat penat. Memang kitorang dalam mds nie memang tak duduk kat dalam kolej langsung. Nak tahu tak? Pengalam time mds yang paling aku takkan lupa which is di saat aku terjatuhkan HANDPHONE ke DALAM LUBANG TANDAS DSI! Terima kasih banyak - banyak. Memang time tuh aku down sangat - sangat lahh. Aku memang tak boleh nak hidup kalau takde handphone. Yes, betul. Entah macam mana entah boleh plak die tergolek - golek. Benda tuh berlaku sekelip mata jeh. Tak sempat pun aku nak capai phone aku tuh. Dah lar die punya lubang die jenis dalam giler punya taw. Memang tak boleh nak diselamatkan lahh phone aku tuh. Huuhhh apelaa nasib kan. Dalam dua hari jugak aku takde phone. Then, buat sementara waktu aku pakai num mama aku until lahh semalam aku renew balik num lama aku tuh. Maybe ade hikmahnya phone aku jatuh tandas. Maybe aku akan dibelikan phone yang baru. Mungkin, haha. By the way, semua yang aku lalui nie adalah pengalaman. Yess. MDS best sebenarnya. Bukan senag nak dapat pengalaman cenggitu. Aku sempat lahh jugak meng - usha - usha abang - abang OC yang rupawan haha. Alaaa, biasa - biasa jeh sumenya. Hee :D

Lepas menjalani 5 hari MDS ( aku dalam mood bahasa skema), aku dengan salah sorang roomate aku dapat satu kelas yang sama - sama. Alhamdulillah, pape pun memang kitorang berdua jelahh. Aku dapat kelas D. Pengkelasan kelas tidak bermaksud yang group A nie bagus dari group B or pape oke. Lecturer- lecturer pun oke. Terutamanya untuk subjek CTU, n BEL. Sempoi larr. Hari pertama aku masuk kelas CTU, lecturer or ustaz sebab CTU nie subjek agama. Kitorang dah diberi assingment. Huhu. Yang subjek lain just homework biasa- biasa aje. Aku kan, selalu terbiasa panggil lecturer aku tuh cikgu. Haha, ape kaw ingat ini sekolah ka?! Agak jauh jugak kitorang terpaksa berjalan dari kolej ke fakulti. Ulang - alik tiga empat kali dalam sehari. Kaki roomate aku sampai melecit teruk lar. Klau korang semua jumpa aku, sure korang akan cakap aku dah gelap. Biasalah tuh, aku sememangnya kurang cantik dari dulu (rendah diri). Kawan - kawan kelas, masih malu - malu lagi antara satu sama lain. Hanya 8 lelaki jer yang ada kat dalam kelas kitorang. 8 DARIPADA 34. Hhehe, kami mendominasi! Aku dengan roomate - roomate aku pulak memang masing - masing otak gila. Aida dari Penang, Nalya ngan Thiah plak dari Selangor. Huuhh, ade jelahh benda lawak yang nak disembang dalam bilik. Tapi kitorang tak ber- ice breaking pun lagi. Masa tak mengizinkan, but maybe balik cuti nie kitorang nak buat lahh.

So far, yang boleh aku katakan di sini. Aku masih lagi sedang cuba tok biasakan diri tinggal kat sana. Biasalah, baru sekarang nak belajar berdikari. Payah sikit lahh kot. Tapi, InsyaAllah aku akan baik - baik saja. Korang pun doakan lahh untuk aku yerk hee. Sorry, actually ade jer gambar - gambar aku kat sana. Tapi, disebabkan masalh teknikal yang disengajakan. So aku dapat tunjuk korang gambar- gambar batch aku time MDS, yang aku amek dari fb MPP Uitm Perak. Mintak maaf lahh yerk kepada abang - abang MPP saya amek gamba - gamba hak milik MPP eh. Wehee, till then. Semoga ketemu korang di lain hari :)

p/s:disebabkan ade masalah teknikal lagi, makanya memang aku hanya mampu letak satu gamba jelahh kesian sangat haihhh.

Monday 14 November 2011

menghitung hari yang lagi dua hari saja lagi

Assalamualaikum wahai kawan kawan i yang bijak pandai lagi baek hati :) (bodek ker ape nie)...

Seperti yang korang tahu atau tidak tahu... lusa nie, 16 aribulan yang akan datang nie, secara rasminya aku akan menjadi pelajar UiTM. Aku pasti akan merindui blog kesayangan aku nie, rasanya korang - korang pun mesti akan merindui aku. Aku? Sudah semestinya akan rindu yang teramat sangat kat korang yang setia tak setia baca blog aku nie hahaha. Jap, apesal cakap pasal rindu - rindu hah hah?! Sedih sikit sebab akan meninggalkan rumahku syurgaku. Meneruskan perjuangan demi cita - citaku cewahhh ayat. Ya, tiba masanya untuk aku belajar berdikari. Hidup di luar sana without mama n abah. Oke walaupun dekat. Kat Perak jugak aku dapat tapi before nie pun aku mana pernah kuar dari home sweet home aku nie. Keluar di sini maksudnya meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama. Sampai bila aku nak hidup mengharapkan bantuan orang lain betul tak? So inilah masa yang sesuai tok aku belajar hidup berdikari dan jangan terlalu depend pada orang. Semoga mendapat berkat :)

"Syuhada, nanti kat sana kalau ada yang hensem - hensem apa lagi...ambil lar peluang!", tiba - tiba ade plak suara sumbang menyibuk. Ape benda entah haha. Niat aku nak pergi sana nak belajar lahh. Lagipun, hmm entah lar. Aku tunggu yang sorang tuh hee. Plus, takde masa lar tok semua tuh. Jangan lar menambahkan lagi kemurungan aku, terima kasih :)


Aku tahu aku dah terlambat sikit dari kawan - kawan aku yang lain. Tidak mengapa, lambat - lambat aku pun... Sebenarnya ada yang lagi lambat dari aku. Aku dah dapat peluang nie pun, dah cukup syukur. Aku bersyukur sangat - sangat family, saudara- saudara terdekat, kawan - kawan rapat, kawan yang dah lama aku adore haha seronoknya diorang semua support aku. Thanx yerk. Lagi bersemangat bila kawan - kawan aku, Fiqah, Alia, Hunain, ngan Fakhrul nak hantar aku sekali lusa nanti. Diorang semua senior aku. Thanx kawan... Ramai yang tanya persediaan mental aku nak masuk nie. Hmm, biasa - biasa jer. Haha macam dah tak bersemangat lar pulak bunyinya Syuhada oiii. Okey lar, betul biasa - biasa jer. :D

Lately nie aku busy sikit. Sorry, kepada member yang mana ajak aku pergi hang - out ngan diorang tak dapat nak ikut. InsyaAllah, laen kali taw. Alhamdulillah, ke - busy - an aku sejak akhir- akhir nie membuatkan aku lupa seketika segala masalh mengusik jiwa haha. Aku dah okey sikit yeay hooray! Baeklah, aku rasa aku stop kat sini jelah yerk. Doakan lahh yang terbaek untuk aku. Kalau rasa rindu kat aku, haha korang boleh tulis pape kat chatbox aku nie. Tak pun, yang mane ade fb aku inbox jelah oke. Hujan sentiasa akan menemani blog aku nie. Ingat, no rain no rainbow. Huuw see you again :D

Thursday 10 November 2011

aku, dengan ini muka tak malunya...

Assalamualaikum perempuan - perempuan gedik sekalian (akulah yang gedik itu)...

Hye hye hello :)



Dia online ym tadi... I wish he could see me :) Patut ker aku tegur dia dulu? Tapi nape awak tak tegur kite dulu? Come on, jangan malu - malu. Alamak, takkan lar perempuan nak mulakan dulu. Awak takkan tak paham kot awak? Nanti awak melepas nanti awak... Kite dah nak pergi dah nie. Haha, i never giving up! Peace yaww :D Ohh yeah, nantikan entry terbaru aku nanti.

Okedahsudahbye (kbai lahh kononnya).

Tuesday 8 November 2011

bersabarlah...

Assalamualaikum,

"Mirror on the wall, here we are again
Through my rise and fall
You’ve been my only friend
You told me that they can understand the man I am
So why are we here talkin’ to each other again"

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sabarlah menghadapi dugaan saudaraku... Al - fatihah.

p/s:gambar tiada kaitan, harap maklum...

Friday 4 November 2011

Unfriend you

Assalamualaikum...

Heyy, today I was like umm entahlah. Like takde semangat. Haha, betul. Aku terasa yang I can't move on. Of course I do, because entahlah the only thing yang aku rasa aku boleh jadi kuat dulu sebab dia. Yea, obviously. So aku betul - betul down and kadang - kadang tuh aku rasa ohh god my life sangat lah tak best (yupp sampai macam tuh sekali). Watching his picture jeh dah cukup buat aku lemah. There's no more thing aku boleh buat... Aku betul - betul lemah. Aku rasa before nie aku boleh handle dengan baek. Entah, dengan dia aku macam susah pulak. Aku tahu, aku kena kuat. Tapi setiap kali aku cuba tok jadi kuat. Aku sentiasa kalah.

Yang bestnya, Kado macam sangat memahami aku. She suggest aku, dengar lagu nie. Dia kata nie jelah cara yang terbaek. Yea, aku pun rasa macam dah takde cara lain. Aku kena didik hati aku. Aku kena kerasakan hati aku. Unfriend him... Buang semuanya. Even dengan cara paling kejam. Maybe this is for the best... Aku harap dia mengerti. Until aku dah boleh menerima semua nie dengan hati yang ikhlas. And betul - betul pulih. It's not like aku nak simpan dendam ker ape ker. Aku cuma buang segala - galanya. Aku dah tak nak jadi lemah, lembik teringat - ingat kat orang yang sememangnya bukan hak aku.




Nie lar lagu adek aku bagi haha. Benda yang aku alami nie akan ambil masa, i know i can do it. Aku kena kuat, tabah. Bukan senang aku nak bangun semula, but I will! Korang maybe akan cakap aku nie kolot lah, perempuan lemah lar but heyy lantak aku lahh. Nie jer cara yang aku nampak berkesan. Please do support me :)

p/s:Greyson Chance sangat comel! Dia nak datang Malaysia rite?

Thursday 3 November 2011

khamis yang spontan

Assalamualaikum...

Secara spontannya... Semua nie terbit kat kepala otak aku haha :) (Yea, of course nie lirik lagu lahh)

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…


Seriously, aku harap Allah dapat bantu aku. Aku dah tak larat lagi dah...

Tuesday 1 November 2011

konvokesyen abang aku

Assalamualaikum...

Bertemu lagi lahh kita yerk hee. Okey lahh aku tade cerita yang menarik sangat. Just nak share few gambar - gambar yang sempat ditangkap kat konvo abang arituh. Cerita gak dah basi haha Uitm pun dah habis buat diorang punya sidang konvokesyen diorang yang terakhir. Tapi ahh lantak aku lahh hehe. Sorry part konvokesyen nie gambar die tak ikut susunan.

Nie gf abang aku, sama - sama amek diploma course yang sama :)

Nie adek sedara aku sibok tangkap gamba awal - awal pagi haha.

Mama, abah... Kak cik akan pastikan kak cik dapat abeskan diploma dengan cemerlang just like alang.
InsyaAllah i will!


Gambar nie kat apartment before pergi...

Yang bawah nie time malam tuh. Kitorang celebrate graduation alang secara tak rasmi kat ICT hee. Sayang kitorang tak sempat masuk snowalk. But we will next time!



Cantek kan? Aku nak warna - warnikan hidup aku macam nie lar klaw boleh hehe :)


RAWRR! Aku nak makan rusa nie!






Dah habis posing lar tuh...


Haii daun, kenapa kau berlampu?!



Nie bapak sedara aku yang sporting giler!




Aku dah tak tahan temptation naek benda nie so suddenly pak ngah belanja kitorang naek wee!


Nie lar kuda ajaib!




Ohh my god. Rasa best sangat pergi Shah Alam arituh, the best part is bila maen ngan anak - anak pak ngah yang kawaiii sangat - sangat. Rindu diorang! Rindu diorang panggil aku kak ada. HUHU :(