Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Sunday, 30 December 2012

17.11.12

Assalamualaikum, hye hye hello.

Nothing much to say.  Maklumlah siapa jer pun nak baca blog kita nie kan.  But I do appreciate for those who yang still nak tahu kisah menarik hidup aku.  Menarik ker?  Itu masalahnya.  Well, bila fikir balik.  Ape ade hal dengan diorang semua.  This is my blog.  My story.  And i'm happy with it.  

Mukadimah aku selalu tipikal kan?  Oke oke enough.  Aku ade janji dengan korang nak upload gambar perkahwinan abg aku kan?  Here I come today mencuri masa untuk korang muah muah gitu.  But before that, I have a really really really berita gembira nak gtau korang.  Guess what..?  Aku bakal jadi IBU! Tahniah kat aku yeay!  But wait Syuhada.  What daaaaa... Ibu?!  Sejak bila kau kahwin?  Jangan buat lawak bodoh tak kelakar okey.  He... he... he.  Maaf, maksud aku, aku bakal jadi ibu saudara kepada anak bangah insyaAllah.  Dah lebih kurang 6 minggu (bunting pelamin letew).  Alhamdulillah!  Sangat sangat sangat hepy tak terkira.  Due date maybe dalam bulan 8 tahun depan.  Ohh my lagi seronok lar kan, cause my befday pun bulan 8 jugak.  Wow ohh wow!  So excited!  Tahniah abangah :)

I realize yang majlis kenduri memang akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kan..?  What a happy happy day.  Semoga perkahwinan abangah n kak izati berkekalan.  Maaf gambar nikah and gambar kenduri belah perempuan ada masalah teknikal sikit.  Sorry!  Hanya yang ini mampu aku share dengan korang.  Kenduri diadakan pada 17/11 hari tuh.  Kat rumah jer...

























Tak banyak sangat gambar sorry.  The wedding agak meriah and Alhamdulillah berjalan dengan lancar.  Thanks kepada tetamu yang hadir.  Thanks kepada yg byk dah tolong family kitorang especially hubby boo hihi.  Mungkinkah kita bakal bernikah tahun depan?  Ahahahaha I tunggu okey.

Okey bye uols!

Friday, 2 November 2012

my recent activity ;p

Assalamualaikum, and hye hye hello semua.  Salam Jumaat yang indah pada hari ini kan? Alhamdulillah Allah masih bagi peluang pada kita untuk meneruskan usaha kita mencapai kejayaan yang kekal abadi.  Alhamdulillah juga sebab i'm still standing here di bumi Allah dengan sempurna.  Cukup syukur :)

Lama sangat tak update blog.  Malah, tiap kali nak update blog pun aku akan cakap "lamanya tak update blog, dah macam berhabuk sangat blog aku nie". Korang pun dah naik bosan kan? Typicle me.  Sebenarnya dah agak malas jugak nak update blog.  Selalu macam nie.  Tapi, tiba - tiba hari nie terdetik terasa macam nak bercerita - cerita pulak.  Tambah lagi aku tengah cuti sem! Yeay to me! Well, tak banyak cerita yang menarik.  Tak seindah cerita korang kat luar sana. 


Cuti kali nie tak sepanjang cuti sem lepas.  Agaknya Uitm memang macam tu kot.  Cutinya tak menentu.  Tapi aku betul - betul tak sangka masa berjalan dengan pantas sekali.  Terasa macam baru lagi aku masuk sem 2 arituh.  Pernah sekali aku terbaca tweet seorang nie, he said that, "masa tidak akan terasa cepat berlalu jika di isi dengan perkara yang bermanfaat".  It really made me thinking all the time... Aku nie betul ker isi masa aku dengan sebaik mungkin.  And i was like... Argh! Kalau fikir sangat ada masalah emosi pulak satg.  Lol.  Life must go on.  Dengan adanya family and orang yang tersayang bimbing aku, i'm trying my best.  Berbalik kepada cerita cuti aku nie, aku sibukkan diri dengan menolong mama and abah siapkan persiapan majlis perkahwinan abang sulung aku.  Isk isk.  Tak sangka abang aku nie dah nak kahwin dah kan.  Yes, majlisnya tak lama pun lagi.  In about less than two weeks.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.


Nak dijadikan cerita, ade lar satu hari nie.  Actually minggu lepas.  Time tuh cuti raya haji and family aku pun semua ada kat rumah.  As usual, yang perempuan bila menjelang tengahari mesti mengadap kat dapur masak apa yang patut.  Termasuklah aku.  Konon, nak tunjuk skill memasak.  Heh! Kemain menyanyi - nyanyi kat dapur (mana tak bercinta dengan orang tua) tiba - tiba entah macam mana kuali yang tengah panas menggoreng ayam jatuh and segala minyak tumpah atas kaki aku.  Yeah terbaik!  Big applause to me everybody.  Masa minyak tumpah kat kaki, aku tak rasa sakit.  Aku terkejut and terkedu tapi aku pun tak paham kenapa aku jerit time tuh.  Family semua panic.  Tapi, my 1st hero selamatkan aku.  Cewahh.  Abah cepat - cepat bawa aku pergi masuk bilik air cucur kaki dengan air.  Masa tu lar baru aku terasa sakit melecur yang teramat.  Tak lama lepas tu, aku dibawa ke klinik.  Aku tak mampu jalan.  My 2nd hero, abangah dukung aku bawa aku naik turun klinik.  Agak - agak, berat tak aku nie?  Lol.  Alhamdulillah, doktor cakap family aku cepat bertindak cucur kaki aku dengan air and kaki aku tak serius sangat.  Sekarang masih dalam proses penyembuhan.  Hopefully parut tak jelas nampak sangat.  Kalau tak, sedih hati hm.  Tapi aku macam  still lagi rasa takut - takut nak goreng - goreng segala benda goreng lahh.  Huu.  Mungkin take time sikit.  Rindu juga nak memasak.  I learned my lesson.  Ada hikmah di sebalik yang terjadi.



Pity legs ey?

Well i guess itu saja setakat nie.  Ini pun aku terpaksa curi masa sikit nak update blog.  Kalau ada masa lagi, aku update lagi ye..? Mungkin gambar - gambar perkahwinan abang aku. Till then, see ya.