Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Sunday 30 December 2012

17.11.12

Assalamualaikum, hye hye hello.

Nothing much to say.  Maklumlah siapa jer pun nak baca blog kita nie kan.  But I do appreciate for those who yang still nak tahu kisah menarik hidup aku.  Menarik ker?  Itu masalahnya.  Well, bila fikir balik.  Ape ade hal dengan diorang semua.  This is my blog.  My story.  And i'm happy with it.  

Mukadimah aku selalu tipikal kan?  Oke oke enough.  Aku ade janji dengan korang nak upload gambar perkahwinan abg aku kan?  Here I come today mencuri masa untuk korang muah muah gitu.  But before that, I have a really really really berita gembira nak gtau korang.  Guess what..?  Aku bakal jadi IBU! Tahniah kat aku yeay!  But wait Syuhada.  What daaaaa... Ibu?!  Sejak bila kau kahwin?  Jangan buat lawak bodoh tak kelakar okey.  He... he... he.  Maaf, maksud aku, aku bakal jadi ibu saudara kepada anak bangah insyaAllah.  Dah lebih kurang 6 minggu (bunting pelamin letew).  Alhamdulillah!  Sangat sangat sangat hepy tak terkira.  Due date maybe dalam bulan 8 tahun depan.  Ohh my lagi seronok lar kan, cause my befday pun bulan 8 jugak.  Wow ohh wow!  So excited!  Tahniah abangah :)

I realize yang majlis kenduri memang akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kan..?  What a happy happy day.  Semoga perkahwinan abangah n kak izati berkekalan.  Maaf gambar nikah and gambar kenduri belah perempuan ada masalah teknikal sikit.  Sorry!  Hanya yang ini mampu aku share dengan korang.  Kenduri diadakan pada 17/11 hari tuh.  Kat rumah jer...

























Tak banyak sangat gambar sorry.  The wedding agak meriah and Alhamdulillah berjalan dengan lancar.  Thanks kepada tetamu yang hadir.  Thanks kepada yg byk dah tolong family kitorang especially hubby boo hihi.  Mungkinkah kita bakal bernikah tahun depan?  Ahahahaha I tunggu okey.

Okey bye uols!

Friday 2 November 2012

my recent activity ;p

Assalamualaikum, and hye hye hello semua.  Salam Jumaat yang indah pada hari ini kan? Alhamdulillah Allah masih bagi peluang pada kita untuk meneruskan usaha kita mencapai kejayaan yang kekal abadi.  Alhamdulillah juga sebab i'm still standing here di bumi Allah dengan sempurna.  Cukup syukur :)

Lama sangat tak update blog.  Malah, tiap kali nak update blog pun aku akan cakap "lamanya tak update blog, dah macam berhabuk sangat blog aku nie". Korang pun dah naik bosan kan? Typicle me.  Sebenarnya dah agak malas jugak nak update blog.  Selalu macam nie.  Tapi, tiba - tiba hari nie terdetik terasa macam nak bercerita - cerita pulak.  Tambah lagi aku tengah cuti sem! Yeay to me! Well, tak banyak cerita yang menarik.  Tak seindah cerita korang kat luar sana. 


Cuti kali nie tak sepanjang cuti sem lepas.  Agaknya Uitm memang macam tu kot.  Cutinya tak menentu.  Tapi aku betul - betul tak sangka masa berjalan dengan pantas sekali.  Terasa macam baru lagi aku masuk sem 2 arituh.  Pernah sekali aku terbaca tweet seorang nie, he said that, "masa tidak akan terasa cepat berlalu jika di isi dengan perkara yang bermanfaat".  It really made me thinking all the time... Aku nie betul ker isi masa aku dengan sebaik mungkin.  And i was like... Argh! Kalau fikir sangat ada masalah emosi pulak satg.  Lol.  Life must go on.  Dengan adanya family and orang yang tersayang bimbing aku, i'm trying my best.  Berbalik kepada cerita cuti aku nie, aku sibukkan diri dengan menolong mama and abah siapkan persiapan majlis perkahwinan abang sulung aku.  Isk isk.  Tak sangka abang aku nie dah nak kahwin dah kan.  Yes, majlisnya tak lama pun lagi.  In about less than two weeks.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.


Nak dijadikan cerita, ade lar satu hari nie.  Actually minggu lepas.  Time tuh cuti raya haji and family aku pun semua ada kat rumah.  As usual, yang perempuan bila menjelang tengahari mesti mengadap kat dapur masak apa yang patut.  Termasuklah aku.  Konon, nak tunjuk skill memasak.  Heh! Kemain menyanyi - nyanyi kat dapur (mana tak bercinta dengan orang tua) tiba - tiba entah macam mana kuali yang tengah panas menggoreng ayam jatuh and segala minyak tumpah atas kaki aku.  Yeah terbaik!  Big applause to me everybody.  Masa minyak tumpah kat kaki, aku tak rasa sakit.  Aku terkejut and terkedu tapi aku pun tak paham kenapa aku jerit time tuh.  Family semua panic.  Tapi, my 1st hero selamatkan aku.  Cewahh.  Abah cepat - cepat bawa aku pergi masuk bilik air cucur kaki dengan air.  Masa tu lar baru aku terasa sakit melecur yang teramat.  Tak lama lepas tu, aku dibawa ke klinik.  Aku tak mampu jalan.  My 2nd hero, abangah dukung aku bawa aku naik turun klinik.  Agak - agak, berat tak aku nie?  Lol.  Alhamdulillah, doktor cakap family aku cepat bertindak cucur kaki aku dengan air and kaki aku tak serius sangat.  Sekarang masih dalam proses penyembuhan.  Hopefully parut tak jelas nampak sangat.  Kalau tak, sedih hati hm.  Tapi aku macam  still lagi rasa takut - takut nak goreng - goreng segala benda goreng lahh.  Huu.  Mungkin take time sikit.  Rindu juga nak memasak.  I learned my lesson.  Ada hikmah di sebalik yang terjadi.



Pity legs ey?

Well i guess itu saja setakat nie.  Ini pun aku terpaksa curi masa sikit nak update blog.  Kalau ada masa lagi, aku update lagi ye..? Mungkin gambar - gambar perkahwinan abang aku. Till then, see ya. 


Friday 17 August 2012

Salam Aidilfitri semua

Assalamualaikum,

Cepat kan masa berlalu. Dah nak habis Ramadhan :(

Malam iftar with classmate AC1102D

Ramadhan tahun ini adalah pengalaman Ramdhan yang baru buat aku. Well, not bad. Umm... The best part is berbuka puasa dengan roomate. Berkongsi makanan, pergi bazaar sama - sama. Best. Then umm yang tak bestnya pulak terasa sangat dugaan yang aku hadapi kat kampus. Sangat menguji ketahanan mental and fizikal aku. Kesian awak Jejoi, terpaksa tahan dengan kerenah saya. But, whatever it is... Alhamdulillah aku masih mampu menjalani ibadah puasa dengan baik. InsyaAllah.

Feeling raya? Erm... Entah lar. Biasa - biasa jer. Cause tahun nie rumah under renovation and pindah kejap. So banyak kerja kena buat lepas dah renovate rumah. TERLALU BANYAK! Penat. Hopefully penat nie berbaloi buat kenduri bangah bulan 11 nanti. Hee :D

But still, raya still dirai macam biasa. Korang semua jemput - jemput lar datang rumah ye! Tambah lagi yang jauh - jauh tuh. Ohh yea, lupa pulak cuti aku seminggu jer. So... Tak payah nak raya sakan sangat lar kan. Takpe, dah biasa dah. By the way, can't wait tahu nak jumpa Jejoi. Almost umm dua minggu kot tak jumpa. Cehh, baru dua minggu. Tapi dua minggu pun! InsyaAllah, esok kita jumpa. Hee. Saya doakan awak selamat sampai. Abah dah rindu sangat kat awak *bangga letew*

Untuk Ramadhan kali nie, still tak dapat beat seindah Ramadhan tahun lepas. But its okey. Aku akan cuba yang terbaik untuk yang seterusnya. InsyaAllah. So... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat you, you and you. And of course you. Maaf zahir batin. Minta maaf kepada yang pernah terasa secara langsung and tak langsung dengan kata - kata, cemuhan mahupun makian yang pernah aku lontarkan kat sesiapa yang terasa. Dekat blog ini ataupun facebook yang dah jarang aku log in or maybe twitter. Tak kira lar yang kenal atau yang tak kenal aku. Ataupun yang memang dah lama simpan dendam kat aku. Ampun ye?! Ayuh kita berbaik ayuh ayuh!

Semoga korang bergembira di hari raya! Jangan seronok sangat. Jangan nak pelahap sangat okey. Thanx for dropping by. L-O-V-E ya all.

*aku takde kad raya nak bagi korang so aku post benda nie*

Saturday 14 July 2012

Random update

Assalamualaikum,

Hye hye hello. Apa khabar semua *muka penuh sopan*. Rindu nak update blog sebenarnya. Lama dah tak menjenguk blog korang - korang semua. Aku nie macam nie jelah. Duduk terperuk kat Sri Iskandar yang 'awesome' nie. Alahai. Aku fikir nak belajar jer. Kalau tak, memang takde lar aku nak duduk sini. Tapi aku tak nak lar banyak merungut pasal tempat nie. Macam tak baik pulak. Aku patutnya bersyukur kan...

Well, dah masuk sem 2 nie aku rasa jadual aku makin packed. Berbeza dengan sem 1 dulu tiap - tiap minggu aku boleh balik. Study pun makin mencabar. Alahai Syuhada, nama lagi belajar kan. Belajar mana yang tak susah. Manja sangat aku nie. Kalau lah para mak - mak kat luar sana nak cari menantu confirm diorang takkan pilih aku. Nak jadi menantu apanya kalau dah terlebih manjakan diri, malas pulak tuh. Ish ish.

Ohh ye, tak sangka aku cepat masa nie berjalan kan? Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan. Rasa tak sabar. First time aku menyambut Ramadhan kat SI nie. Dengan kawan - kawan. Hope Ramadhan yang kita bakal jalani tak lama lagi penuh dengan keberkatan. And and kalau boleh nak se-best bulan puasa macam tahun lepas! Serius! Nak sangat! InsyaAllah...

Umm... I guess tuh jelah kot buat masa nie. Thanks sebab singgah and baca blog aku yang tak seberapa nie. Goodnite you all!



Wednesday 30 May 2012

penghuni C1201

Assalamualaikum,

Hye hye hello semua. Tak lama lagi aku akan masuk SI balik. Tak puas lagi rasanya cuti. Padahal Uitm dah cukup baik bagi 8 minggu cuti. Aku patut bersyukur hee. Tapi pape pun tetap rasa malas nak hadap kat SI tuh. Serius. Entah lah apa sebabnya. Sebab suasana dia kot. Dulu dah elok suka and rasa best duduk situ tapi bila dah cuti hilang terus rasa bestnya haa. Maybe sebab kalau cuti and duduk rumah dapat tidur, makan apa semua ada. Well, tak semua yang kita nak kat dalam dunia nie kita akan dapat kan. So Syuhada silalah bersabar and belajar bersyukur. Hoiyeh my friend jumpa minggu depan. Jangan ada yang tak mendaftar baik sudah lar.

By the way, cek nak habaq mai kat hampa semua yang aku rindu penghuni C1201. Apakah? Nama bilik lar weyy. C1 stands for blok Cempaka 1. Bilik nie cukup selesa 2 katil double decker and besar and luas tahu. Bilik nie bilik pertama untuk floor tuh. Memang best arh dekat jer dengan tangga. Dats why nanti korang tengok kat bawah - bawah nie kebanyakan gambar kitorang suka ambil kat kaki lima tangga. Bergayut tiap - tiap malam dengan buah hati intan payung pun kat tangga tahu (okey, itu port aku jela). Roomate aku ada 3 orang. Satu course and satu kelas dengan aku jugak, Thiah dari Selayang. Nalia course Estate Management dari err alamak! Lupa tapi dari Selangor jugak. Oops sorry Nalia. And sorang lagi Penang mari Aida course Office Management. Si Aida nie kalau ikutkan nama dia Shuhada jugak sama dengan aku tapi dah dibiasa orang panggil dia Aida. Weyy rindu nak sebilik dengan korang lagi weyy! Entah dapat ker tak. Sedih hati. Macam - macam kenangan kitorang. Kemain kenangan, heyy since hari pertama masuk kot. Masing - masing macam haha bendul - bendul jeh. Biasalah, hari pertama masuk. Aku ingat lagi time MDS (Minggu Destini Siswa) kitorang sangat selekeh and mengantuk and nangis sama - sama dalam dewan and gelak ketawa sama - sama. Paling tak boleh lupa, HANDPHONE AKU JATUH JAMBAN and aku pinjam lar phone diorang bertiga contact mak bapak aku sementara MDS tuh. Sad life uhuh. Haha...

Macam - macam masalah kitorang tempuh as a freshie kat situ. Dari bab - bab study, pengurusan kolej and fakulti, sampai lar bab - bab life kitorang. Tapi kita dapat harunginya bersama amboihh. Dah macam adik - beradik dah aku rasa. Thanx korang for the memories cewahh. Harap sangat sem depan kita dapat duduk sama - sama lagi. Kalau tak dapat pun, jenguk - jenguk lar aku tahu. Or bagi lar aku tumpang bilik korang kalau - kalau aku takut nak tidur kat bilik baru nanti hahaha. Banyak cantik muka aku mintak macam tuh kan. Apa - apa pun ,korang the best lar. Walaupun sem lepas aku banyak kali lar jugak balik rumah (eheh) and selalu kena marah - marah manja terutamanya Nalia, tapi best woo duduk dengan korang. Aku gelak kuat - kuat pun korang tak kisah. Sebab Thiah pun macam aku jugak wahah! And aku suka bila kita semua kongsi - kongsi makan maggi tengah - tengah malam. And aku jugak rindu nak dengar korang membebel pasal KESAT (Kesatria) yang sentiasa menyiksa hidup kita. Woo ayat aku. Konklusinya, korang memang best.

Penghuni C1201 takkan meriah kalau takde jiran - jiran sampingan yang sentiasa bertandang ke bilik kami. Antaranya, Nad and Roza (satu kelas dengan aku). Deme berdua nie dok kat floor bawah. Rajin naik atas especially time ada assignment and study group. Lawak - lawak jer diorang. Jiran sebelah, Cik Iman, Diana, and Miera pun best jugak. Selalu jenguk bilik diorang. Fisrt - first, kitorang tak rapat sangat. Masing - masing dengan hal masing - masing. But then lama - lama jadi baik. Aku suka pinjam patung Chipmunk Cik Iman. Comel! Diorang sangat baik and sweet. Kalau dapat berjiran lagi pun okey jugak.

Kat sini ada lar jugak gambar - gambar kenangan kitorang. Macam biasalah gambar tak di susun dengan betul. Sorry.




Abaikan bilik kami yang berselerak tuh :)

Blok Cempaka 1 and 2 dari belakang


With jiran sebelah, Diana and Cik Iman



Yang baju kuning tuh Miera





Lorong floor kitorang


Nie jam Nalia yang dah tertanggal kulitnya kat lantai bilik kitorang penangan gam kasuh Thiah

LOL



Bawah tuh rumah RS omaigod!




Kunci bilik yang tak mungkin akan dimiliki lagi isk isk :'(

Study smart bersepah - sepah

Stok makanan kitorang


Sekian. Bye jumpa kat Sri Iskandar nahh!