Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Saturday 31 December 2011

aku pun tak tahu sebenarnya entry nie pasal ape, btw bro tahniah!

Assalamualaikum,

Hye hye hello. Kemaennn semua orang muka berseri - seri bulan 12 nie kan. Hahh! Hari nie hari last bagi tahun 2011. Azam baru sudah bermain di fikiran anda? Aku? Haha. Jujur aku cakap. Tak tahu azam ape lagiii aku nak azamkan. Sebab entah larrr pada aku walau macam mana azam tuh aku azamkan, tak pernah pernah nak tercapai pun. Not even a closed! So takpe. Lebih baek aku relaks relaks and chill sahaja. Yang pasti, aku akan memberi and menambah - baek lagi segala - galanya. Semoga korang semua pun sama juga.

Baeklah, tak nak membebel panjang macam ade orang tuhh. Tanggal 25/12/2011 arituh, hari yang boleh tahan lahh pentingnya buat abang aku. Kemaennn. Dia baru saja bertunang. At last kan, tunang juga. Even majlis pertunangan hanya simple - simple tapi hoiiyyeehhh tahniah bro! Yang penting, ikatan tunang telah pun dilaksanakan. Aku tumpang gembira. Lagi gembira bila si dia ade sekali ikut rombongan kami. Eyh eyh opppsss silap silap. Hee :D Ta, ta tadi tuh aku merepek jer.

Hah, berbalik kepada cerita kita. That's why aku cakap semua orang pun muka nak berseri - seri jeh bulan 12 nie. Aii, maklumlah. Kepada pengantin - pengantin baru tuh... Kemaennnnn haha. Tapi this year family aku takde buat wedding pun. Sebab sedara - sedara aku semuanya masih single and available. Ahhh aku dah out of topic. Haha. Macam biasa lah kan bila ade pape benda or majlis. Aku memang suka mencapub. Kemaennn aku nak mencupub. Aku memang pantang nampak camera - camera nie. So ade larrr juga beberapa gambar yang sempat ditangkap. Macam biasa lah juga aku update blog dengan meng - upload gambar. Peace yaww :)

Oke kejap. Before tuhh, kelmarin kan aku baru jeh tengok Ombak Rindu kat youtube. Hmm, biasa - biasa jer. Tak menangis pun. Baca novel dia lagi best. Kepada yang macam feeling - feeling tengok ombak rindu tuhh aduhh hampa semua nie come on larrr. Ta, aku sebenarnya nak tuju kat kawan aku. Dia kata dia tengok Ombak Rindu sampai tersedu - sedu bagai. Weyy, kelakar lahh kau nie. Jom tengok wayang citer lain jom. Haha. Oke bye bye.





Kemaennnnnnn...

Monday 26 December 2011

aku tak tahu nak letak title ape :D

Assalamualaikum, hye hye hello :)

Aku tengah cuti mid term nie. Alaa, seminggu jeh pun. Nama jeh cuti tapi assingment belambak. Aku nak update blog pasal ape yerk. Dah lupa pulak. Hah, takpe lahh. Di kesempatan nie aku nak bagi tahu kat korang pasal aku. Keadaan aku. Ermmmm still jawapan yang sama, aku biasa - biasa jeh. Kat sana, memang payah aku nak amek mood update blog. Aku pun tataw kenapa. Dats why sekarang nie memang payah giler korang nak tengok aku update blog. Entah... Aku tak tahu apa masalahnya. Mungkin busy, mungkin jugak suasana kat sana buat aku macam hilang mood. Aku tak kata sana bosan, cumanya kadang - kadang aku "adoyyy ape masalahnya Syuhada?!"

Ade sorang kawan aku nie dia cakap aku terlampau manja. Hehee, terima kasih banyak - banyak. Aku rasa semua orang pun akan cakap benda yang sama kan? Hee. Aku bukan manja, just dah terbiasa duduk kat rumah lame giler - giler sampaikan aku homesick sangat - sangat. Dats the problem aku rasa. Study aku kat sana, okey jeh. Alhamdulillah aku masih boleh bawak. Cuma tuh larrr macam yang aku cakap, aku cepat rindukan rumah, adek - adek. Hee :) Doakan yang terbaek tok aku oke...

Okey, cukup. Tanak citer pasal keadaan aku lar apelaa. Heheh... Aku ade beberapa gambar yang aku tangkap time mencupub kat SI. Silakan silakan...









Sunday 11 December 2011

ahad yang indah nie, apa salahnya aku update blog...

Assalamualaikum...

Fuhh Fuhh one two three go baby! Hai korang. Hari nie hari Ahad. Cuti yang indah. Indah ker...? Mane lar aku taw korang. Pagi Ahad aku hari nie oke lar jugak. Rasa lega, blessed and yang paling best dua kerja aku dah siapkan. Korang taw tak? This week punya homework and assingment punya lar berlambak. BANYAK! Itu baru aku punya course. Jiran aku, alaa maksudnya jiran bilik aku kat blok aku tuh. Course diorang err landskap, ngan ape kerr aku dah lupa. Haaa, tuh lar sampai tengah pagi pun tak siap - siap lagi kerja. Aku turut bersimpati haha. Aku yang banyak kerja nie pun rasa penat teramat diorang apatah lagi kan?

Aku bukan lar pulak nak merungut and syok sendiri kat sini. Tapi, tuh lar aku nak bagi taw korang. Ape yang aku rasa. Life kat U nie aku still tak rasa keseronokannya. I mean like, biasa - biasa jer. Maybe sebab baru lagi kot. Or maybe sebab aku terlampau pampered. Huuuwww. Apakahhh... Dah lebih kurang nak masuk sebulan dah aku kat sini. Tapi aku macam blur blur. Macam bangang bangang pun ade jugak haha. Just satu perkataan jer yang aku boleh describe sekarang nie. PENAT :) Yes, penat sangat sangat. Korang mesti cakap aku banyak kerenah kan. Tak, dengar sini dulu. Aku rasa aku still tak dapat nak sesuaikan diri dengan tempat nie. That's why lar aku rasa tak best, penat... Homesick sangat. Tapi aku harap lama - lama aku boleh lar suaikan diri, and terasa best best best giler kat sini!



Kawan - kawan oke. Tapi ade juga kawan yang sebenarnya nak kata kawan tuh tak lahh. Tapi manusia. Yang over over ala ala pe benda entah. Selalu jer nak sakitkan hati aku. Kalau perempuan takpe lar jugak aku boleh paham lagi. Haihh. Sabar jelahh. Manusia macam tuh tak payah nak layan sangat larr. Hah! Di petang hari, aku suka tengok view padang Sri Iskandar yang luas terbentang dari blok aku. Kalau terlebih rajin, lepak kat padang. Nak nak pulak kalau angin die sepoi - sepoi bahasa. Lagi best. Then, benda pertama yang akan terlintas kat fikiran aku time tuh is my home. Aku rindu adek - adek aku. Rindu nak pasang lagu kuat - kuat. Haha. Rindu nak memasak. Segala - galanya lahh. Huuww. Cuti mid sem nie aku wajib buat semuanya sepuas - puas hatiku hoiyehh.

Aku dah cerita lar jugak sikit - sikit pasal life aku kat sini. Biasa - biasa jer. Sebab ramai yang tanya pasal aku kat sini macam mana. Huhu. And aku nak stop dulu sampai sini. Ade pape yang menarik nanti aku share lagi dengan korang semua ehh. Thanx baca. Aku sayang pembaca - pembaca blog aku hee :) Semoga Ahad korang indah - indah belaka.

Sunday 4 December 2011

hye kawan, saya Syuhada!

Assalamualaikum,

Kalau korang perasan, aku ade post entry tajuk yang sama semalam kan? Malangnya entah cane aku terdelete lar plak. Dah lar bendul - bendul jeh. So aku buat balik larr. Ala, tade pape pun yang nak disembang kat sini. Just nak upload gambar - gambar aku kat Sri Iskandar bersama kawan - kawan baru. Kawan - kawan yang gila vavi. Kawan - kawan yang selalu lepak kat Tesco kecik kat Bandar U haha.

Tapi sebelum tuh, aku nak bagi taw kat korang mission aku tak berjaya haha. Aku dah pun putus asa. So ak hanya mampu berserah jelaa. Mission ape? Ala, yang entry lepas - lepas kan aku dah mention kan?! Tak paham jugak lagi? Huhu taktaw nak cakap cane daa.

Oke, so lets begin.


Tehah, Thiah ngan Ada lar of course.

Classmate aku jugak, kawan baek Tehah, Nad gonjeng haha.

Roomate dari Penang (sigh) sangat cantekk!

Pun roomate jugak...

Again, kami yang suka mencapub haha!

Kalau ade lagi, aku share banyak - banyak taw. Yess, aku PMS and aku sangat - sangat lah tengah jiwa kacau. No, bukan sebab takde boyfriend tapi...sebab aku...aku penattttt. Sekarang baru aku paham bila aku teringat balik BEKAS KAWAN BAIK which is seorang lelaki (yang mana perempuan tuh jangan nak terasa), dia pernah cakap kat aku bila dah berjauhan dengan family baru kita akan tahu macam mana rasanya rindu kat rumah. Ye, aku rindu giler kat rumah aku. Ak nak balikkk ipoh. Haha, oke lahh aku chowww dulu.

Saturday 26 November 2011

kehidupan di tempat baru, aku boleh survive ker nie?!

Hye hello assalamualaikum semua, same like how I introduce myself kat dalam kelas BEL yang pertama ( kelas english language).

Bersua kita lagi setelah lebih kurang seminggu lebih tidak dengar cerita hehe. How are you doing? Cewahh, speaking plak kaw Syuhada. Bagaimana hidup? Semakin ceria atau semakin murung? Oke, dah banyak sangat nie aku tanya. Mesti korang akan tanya aku balik kan...? Haaishh, tak payah nak tanya sangat lahh. Aku masih di dalam keadaan yang sama. Cuma bezanya aku sudah semakin busy dengan kelas - kelas serta aktiviti - aktiviti dalam kampus. Heheheh, best lar jugak. Masih lagi sedang cuba untuk biasakan diri.



Memang masa time hari first aku rasa nak balik sangat sebab tak tahan dengan 'seksaan' kakak - kakak OC yang jaga MDS (Minggu Destini Siswa) kitorang. Haha, tak cukup tido, terpaksa duduk di tengah jalan seawal 4.45 pagi. Then, berarak cepat - cepat dari kolej ke DSI (Dewan Sri Iskandar). Tempoh masa makan yang diberi hanya 5 minit jeh. Mesti pakai baju kurung n pakai seluar track dalam kain. Ohh, sangat panas. Kena marah bila tersengguk - sengguk kat dalam DSI. Aku sampai terbaring - baring kat dalam PI (Pusat Islam, masjid) time solat subuh. Sebab tidur pun tak cukup, aktiviti sampai tengah malam. Sangat penat. Memang kitorang dalam mds nie memang tak duduk kat dalam kolej langsung. Nak tahu tak? Pengalam time mds yang paling aku takkan lupa which is di saat aku terjatuhkan HANDPHONE ke DALAM LUBANG TANDAS DSI! Terima kasih banyak - banyak. Memang time tuh aku down sangat - sangat lahh. Aku memang tak boleh nak hidup kalau takde handphone. Yes, betul. Entah macam mana entah boleh plak die tergolek - golek. Benda tuh berlaku sekelip mata jeh. Tak sempat pun aku nak capai phone aku tuh. Dah lar die punya lubang die jenis dalam giler punya taw. Memang tak boleh nak diselamatkan lahh phone aku tuh. Huuhhh apelaa nasib kan. Dalam dua hari jugak aku takde phone. Then, buat sementara waktu aku pakai num mama aku until lahh semalam aku renew balik num lama aku tuh. Maybe ade hikmahnya phone aku jatuh tandas. Maybe aku akan dibelikan phone yang baru. Mungkin, haha. By the way, semua yang aku lalui nie adalah pengalaman. Yess. MDS best sebenarnya. Bukan senag nak dapat pengalaman cenggitu. Aku sempat lahh jugak meng - usha - usha abang - abang OC yang rupawan haha. Alaaa, biasa - biasa jeh sumenya. Hee :D

Lepas menjalani 5 hari MDS ( aku dalam mood bahasa skema), aku dengan salah sorang roomate aku dapat satu kelas yang sama - sama. Alhamdulillah, pape pun memang kitorang berdua jelahh. Aku dapat kelas D. Pengkelasan kelas tidak bermaksud yang group A nie bagus dari group B or pape oke. Lecturer- lecturer pun oke. Terutamanya untuk subjek CTU, n BEL. Sempoi larr. Hari pertama aku masuk kelas CTU, lecturer or ustaz sebab CTU nie subjek agama. Kitorang dah diberi assingment. Huhu. Yang subjek lain just homework biasa- biasa aje. Aku kan, selalu terbiasa panggil lecturer aku tuh cikgu. Haha, ape kaw ingat ini sekolah ka?! Agak jauh jugak kitorang terpaksa berjalan dari kolej ke fakulti. Ulang - alik tiga empat kali dalam sehari. Kaki roomate aku sampai melecit teruk lar. Klau korang semua jumpa aku, sure korang akan cakap aku dah gelap. Biasalah tuh, aku sememangnya kurang cantik dari dulu (rendah diri). Kawan - kawan kelas, masih malu - malu lagi antara satu sama lain. Hanya 8 lelaki jer yang ada kat dalam kelas kitorang. 8 DARIPADA 34. Hhehe, kami mendominasi! Aku dengan roomate - roomate aku pulak memang masing - masing otak gila. Aida dari Penang, Nalya ngan Thiah plak dari Selangor. Huuhh, ade jelahh benda lawak yang nak disembang dalam bilik. Tapi kitorang tak ber- ice breaking pun lagi. Masa tak mengizinkan, but maybe balik cuti nie kitorang nak buat lahh.

So far, yang boleh aku katakan di sini. Aku masih lagi sedang cuba tok biasakan diri tinggal kat sana. Biasalah, baru sekarang nak belajar berdikari. Payah sikit lahh kot. Tapi, InsyaAllah aku akan baik - baik saja. Korang pun doakan lahh untuk aku yerk hee. Sorry, actually ade jer gambar - gambar aku kat sana. Tapi, disebabkan masalh teknikal yang disengajakan. So aku dapat tunjuk korang gambar- gambar batch aku time MDS, yang aku amek dari fb MPP Uitm Perak. Mintak maaf lahh yerk kepada abang - abang MPP saya amek gamba - gamba hak milik MPP eh. Wehee, till then. Semoga ketemu korang di lain hari :)

p/s:disebabkan ade masalah teknikal lagi, makanya memang aku hanya mampu letak satu gamba jelahh kesian sangat haihhh.

Monday 14 November 2011

menghitung hari yang lagi dua hari saja lagi

Assalamualaikum wahai kawan kawan i yang bijak pandai lagi baek hati :) (bodek ker ape nie)...

Seperti yang korang tahu atau tidak tahu... lusa nie, 16 aribulan yang akan datang nie, secara rasminya aku akan menjadi pelajar UiTM. Aku pasti akan merindui blog kesayangan aku nie, rasanya korang - korang pun mesti akan merindui aku. Aku? Sudah semestinya akan rindu yang teramat sangat kat korang yang setia tak setia baca blog aku nie hahaha. Jap, apesal cakap pasal rindu - rindu hah hah?! Sedih sikit sebab akan meninggalkan rumahku syurgaku. Meneruskan perjuangan demi cita - citaku cewahhh ayat. Ya, tiba masanya untuk aku belajar berdikari. Hidup di luar sana without mama n abah. Oke walaupun dekat. Kat Perak jugak aku dapat tapi before nie pun aku mana pernah kuar dari home sweet home aku nie. Keluar di sini maksudnya meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama. Sampai bila aku nak hidup mengharapkan bantuan orang lain betul tak? So inilah masa yang sesuai tok aku belajar hidup berdikari dan jangan terlalu depend pada orang. Semoga mendapat berkat :)

"Syuhada, nanti kat sana kalau ada yang hensem - hensem apa lagi...ambil lar peluang!", tiba - tiba ade plak suara sumbang menyibuk. Ape benda entah haha. Niat aku nak pergi sana nak belajar lahh. Lagipun, hmm entah lar. Aku tunggu yang sorang tuh hee. Plus, takde masa lar tok semua tuh. Jangan lar menambahkan lagi kemurungan aku, terima kasih :)


Aku tahu aku dah terlambat sikit dari kawan - kawan aku yang lain. Tidak mengapa, lambat - lambat aku pun... Sebenarnya ada yang lagi lambat dari aku. Aku dah dapat peluang nie pun, dah cukup syukur. Aku bersyukur sangat - sangat family, saudara- saudara terdekat, kawan - kawan rapat, kawan yang dah lama aku adore haha seronoknya diorang semua support aku. Thanx yerk. Lagi bersemangat bila kawan - kawan aku, Fiqah, Alia, Hunain, ngan Fakhrul nak hantar aku sekali lusa nanti. Diorang semua senior aku. Thanx kawan... Ramai yang tanya persediaan mental aku nak masuk nie. Hmm, biasa - biasa jer. Haha macam dah tak bersemangat lar pulak bunyinya Syuhada oiii. Okey lar, betul biasa - biasa jer. :D

Lately nie aku busy sikit. Sorry, kepada member yang mana ajak aku pergi hang - out ngan diorang tak dapat nak ikut. InsyaAllah, laen kali taw. Alhamdulillah, ke - busy - an aku sejak akhir- akhir nie membuatkan aku lupa seketika segala masalh mengusik jiwa haha. Aku dah okey sikit yeay hooray! Baeklah, aku rasa aku stop kat sini jelah yerk. Doakan lahh yang terbaek untuk aku. Kalau rasa rindu kat aku, haha korang boleh tulis pape kat chatbox aku nie. Tak pun, yang mane ade fb aku inbox jelah oke. Hujan sentiasa akan menemani blog aku nie. Ingat, no rain no rainbow. Huuw see you again :D

Thursday 10 November 2011

aku, dengan ini muka tak malunya...

Assalamualaikum perempuan - perempuan gedik sekalian (akulah yang gedik itu)...

Hye hye hello :)



Dia online ym tadi... I wish he could see me :) Patut ker aku tegur dia dulu? Tapi nape awak tak tegur kite dulu? Come on, jangan malu - malu. Alamak, takkan lar perempuan nak mulakan dulu. Awak takkan tak paham kot awak? Nanti awak melepas nanti awak... Kite dah nak pergi dah nie. Haha, i never giving up! Peace yaww :D Ohh yeah, nantikan entry terbaru aku nanti.

Okedahsudahbye (kbai lahh kononnya).

Tuesday 8 November 2011

bersabarlah...

Assalamualaikum,

"Mirror on the wall, here we are again
Through my rise and fall
You’ve been my only friend
You told me that they can understand the man I am
So why are we here talkin’ to each other again"

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sabarlah menghadapi dugaan saudaraku... Al - fatihah.

p/s:gambar tiada kaitan, harap maklum...

Friday 4 November 2011

Unfriend you

Assalamualaikum...

Heyy, today I was like umm entahlah. Like takde semangat. Haha, betul. Aku terasa yang I can't move on. Of course I do, because entahlah the only thing yang aku rasa aku boleh jadi kuat dulu sebab dia. Yea, obviously. So aku betul - betul down and kadang - kadang tuh aku rasa ohh god my life sangat lah tak best (yupp sampai macam tuh sekali). Watching his picture jeh dah cukup buat aku lemah. There's no more thing aku boleh buat... Aku betul - betul lemah. Aku rasa before nie aku boleh handle dengan baek. Entah, dengan dia aku macam susah pulak. Aku tahu, aku kena kuat. Tapi setiap kali aku cuba tok jadi kuat. Aku sentiasa kalah.

Yang bestnya, Kado macam sangat memahami aku. She suggest aku, dengar lagu nie. Dia kata nie jelah cara yang terbaek. Yea, aku pun rasa macam dah takde cara lain. Aku kena didik hati aku. Aku kena kerasakan hati aku. Unfriend him... Buang semuanya. Even dengan cara paling kejam. Maybe this is for the best... Aku harap dia mengerti. Until aku dah boleh menerima semua nie dengan hati yang ikhlas. And betul - betul pulih. It's not like aku nak simpan dendam ker ape ker. Aku cuma buang segala - galanya. Aku dah tak nak jadi lemah, lembik teringat - ingat kat orang yang sememangnya bukan hak aku.




Nie lar lagu adek aku bagi haha. Benda yang aku alami nie akan ambil masa, i know i can do it. Aku kena kuat, tabah. Bukan senang aku nak bangun semula, but I will! Korang maybe akan cakap aku nie kolot lah, perempuan lemah lar but heyy lantak aku lahh. Nie jer cara yang aku nampak berkesan. Please do support me :)

p/s:Greyson Chance sangat comel! Dia nak datang Malaysia rite?

Thursday 3 November 2011

khamis yang spontan

Assalamualaikum...

Secara spontannya... Semua nie terbit kat kepala otak aku haha :) (Yea, of course nie lirik lagu lahh)

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…


Seriously, aku harap Allah dapat bantu aku. Aku dah tak larat lagi dah...

Tuesday 1 November 2011

konvokesyen abang aku

Assalamualaikum...

Bertemu lagi lahh kita yerk hee. Okey lahh aku tade cerita yang menarik sangat. Just nak share few gambar - gambar yang sempat ditangkap kat konvo abang arituh. Cerita gak dah basi haha Uitm pun dah habis buat diorang punya sidang konvokesyen diorang yang terakhir. Tapi ahh lantak aku lahh hehe. Sorry part konvokesyen nie gambar die tak ikut susunan.

Nie gf abang aku, sama - sama amek diploma course yang sama :)

Nie adek sedara aku sibok tangkap gamba awal - awal pagi haha.

Mama, abah... Kak cik akan pastikan kak cik dapat abeskan diploma dengan cemerlang just like alang.
InsyaAllah i will!


Gambar nie kat apartment before pergi...

Yang bawah nie time malam tuh. Kitorang celebrate graduation alang secara tak rasmi kat ICT hee. Sayang kitorang tak sempat masuk snowalk. But we will next time!



Cantek kan? Aku nak warna - warnikan hidup aku macam nie lar klaw boleh hehe :)


RAWRR! Aku nak makan rusa nie!






Dah habis posing lar tuh...


Haii daun, kenapa kau berlampu?!



Nie bapak sedara aku yang sporting giler!




Aku dah tak tahan temptation naek benda nie so suddenly pak ngah belanja kitorang naek wee!


Nie lar kuda ajaib!




Ohh my god. Rasa best sangat pergi Shah Alam arituh, the best part is bila maen ngan anak - anak pak ngah yang kawaiii sangat - sangat. Rindu diorang! Rindu diorang panggil aku kak ada. HUHU :(

Sunday 30 October 2011

:)

Hallo hallo assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirahhim :) wassup korang? Hari nie baru larr aku okey sikit dari demam aku. Giler lama ak terlantar. Tape, aku harap pasnie aku dah tak demam dah. (Demam demam pun sempat perli orang lagi kan, i'm sorry...) Aku bertindak atas dasar nafsu marah aku. Rite now, barulah aku dapat berfikir dengan waras. Ada satu pepatah nie, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Apa memang dah tak boleh langsung ker nak tarik balik semua kata - kata tuh?! Memang buruk lah padahnya pada aku.

Pahit untuk aku terima semua nie... Tapi lagi pahit rasanya kalau aku terus menyimpan dendam yang akhirnya akan membawa kemusnahan semata - mata. Remember, engat! Things happen for reasons. Allah sedang memberikan yang terbaek untuk aku. Inilah yang terbaek :) Besides, tak mencabar lar hidup nie kalau kita tak diuji rite? Haha. Yeah, come on lar. (Apa benda entah). I think I can handle this feeling, this pain, on my own way. Aku tahu...susah. Tapi aku tahu aku boleh.

Ohh ye korang semua, sorry... Aku sepatutnya update dengan cerita - cerita aku yang lebih menarik lagi. Tapi buat masa nie aku still merasakan mood untuk bercerita tuh takde. Huhu. Till then, see ya :D

Wednesday 26 October 2011

isn't that clear enough?

Assalamualaikum, hey ho!

Monday 24 October 2011

will update later

Assalamualaikum...

Hye peeps. I dah balik Ipoh nie. Hepy sangat dapat jumpa adek - adek comel bijak n nakal kat sana. N ta puas lagi sebenarnya. Banyak jugak story sebenarnya yang nak diceritakan, terutamanya si comel - comel. I've a lot oh fun kat sana. But suddenly bila balik sini. I got errr entah lar. Another idiot ruin my day. So everything nampak tak kena sangat. Aku moody. Jadi takde mood langsung nak cerita pasal adek - adek sedara aku yang comel. I'm sorry. Will update once aku da okey yeah.

Thursday 20 October 2011

i can do it :D

Assalamualaikum budak - budak bijak sekalian...

Well guess what? I need somebody yang sangat baek hati tok bantu ak ajar balik topik progression (add math lar). Coz seriously ak da blank da nie. It's like dalm otak nie, macam semuanya kosong. Ohh god nak guna calculator pun dah tak engat! Ak terpaksa bukak balik buku - buku SPM add math, nak refresh balik part yang ak dah lupa. Berhabuk kaw buku tuh (adat larr orang yang dah meninggalkan sekolah). Giler... Memang tak bape nak engat lahh. Tape, take it slow. Sampai pada satu tahap kan, ak terasa menyesal time add math dulu ak selalu tidur, ponteng kelas and paling teruk duduk kat belakang kelas melepak ngan kawan - kawan. Ohh Syuhada, sampai macam tuh sekali malasnya? Yupp. Tapi itu dulu lar.

Sekarang, barulah terasa macam nak balik ke zaman dolu - dolu. Huuh :( It's oke Syuhada, there's always a way. I believe Allah, I believe in myself. I'll be stronger, takkan mudah mengalah. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak ak?! Pelan - pelan, mintak tunjuk ajar and berusaha, berusaha, berusaha! Kepada adek - adek yang tengah study sekolah nak amek SPM or maybe lagi 2, 3 tahun lagi nak amek SPM. Plizzzzzz jangan honeymoon time form 4. Once dah selesa ber - honeymoon time form 4, memang susa kaw orang nak catch - up balik bila da form 5. Unless otak kaw macam super computers haha. SUSA GILER! Betul. Dengarlah cakap kakak yang lebih tua dari kamu ini. Look at me...


Tape Syuhada. Think positive and ohh yea jangan lupa SENYUM. Setakat arithmetic ngan geometric tuh ape lar susah sangat kan kan? Yes, I can do it :) Hoiiyyehh baby! Oke ini sahaja buat masa sekarang. Ak nak study AIS pulak. Lantak lahh ak nak bersemangat waja punn. Belahh kaw haha :D