Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Monday, 29 August 2011

ucapan aku kepada semua

Assalamualaikum kanak - kanak riang yang tengah maen mercun haha...

cube teka ak katne nie? HAHA!
(credit to kadowaki)

Ak amek kesempatan nie nak ucap Selamat Haru Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua peminat - peminat ak. Haha, oke bukan peminat lar but teman - teman sekalian. Ramadhan berlalu tapi ia meninggalkan kesan yang teramat dalam kat ak. I've tried the best that I can. Hee :D And Alhamdulillah ak rasa kesabaran ak selama nie tak sia - sia. Ta banyak yang ak nak perkatakan di sini coz banyak kerja yang menanti ak (even ak tga demam skang nie), ak betul - betul menyusun sepuluh jari ak nie dan korang sudi - sudi lah memaafkan ak yerk. Yang mana macam ada terasa ngan pe yang ak post selama nie. Seriously, ak hanya manusia biasa. Please...forgive me. N ak taw ak da agak melukakan hati someone yang selalu lar jugak membaca blog ak nie (skang tataw lar plak). Maafkan I eh. Ayuhlah kita berbaek - baek. N n jemput - jemput lah ke rumah ak yerk kalian semua. InsyaAllah ak masak terbaek punya haha (cehh, cakap jer lebih).


Makanya, have a save journey balek kampung (ak takda kampung, beraya kat ipoh jer). Adek - adek jangan nak syok maen mercun bunga api bagai. Da ilang jari baru taw. Jaga pemakanan korang time beraya jangan nak pelahap sangat. Hampa jadilah budak yang baek, jangan asyik nak kumpul duet raya jer. Haha. Itu jela nasihat ak... Yeay! Esok da raye (ak lah antara salah sorang budak yang da besar panjang excited melampau) :D

N ohh ye, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Sayangilah negara kita yang tercinta! Patrioitik jugak ak orangnya... Tahun nie ade marching tak? Ker semua orang pakat beraya haha?!

Sunday, 21 August 2011

i learn what i see, i share my thought

Assalamualaikum...

First of all, sorry da lame ta update blog. (Since dat question thing last week). Dun really have an idea. Asal karang something jer, last - last end up kat dalam drafts. I really think dat I wanna write something useful. Not just...u noe...like merepek - repek. So to work this thing out (eyh, btoy ker ak speaking nie :D), I'm kinda need some inspiration. Any kind of inspiration. Until one day, my brother told me to read satu kitab nie. Very good actually. Ditulis oleh seorang Imam Al-Ghazali. Bahasa dan ilmunya sangat tinggi. Ak nak jadi macam beliau satu hari nanti. (cewahh, bercita - cita tinggi nampak). Oke, berbalik kepada cerita kita... Tajuk kitab tersebut ialah "Ihya- Ulumidin", yang bermaksud "Menghidupkan Kembali Pengetahuan Agama". Yang juga sangat - sangat sesuai untuk ak di bawah bimbingan orang - orang yang berilmu (wahh ayat ak haha). Well, untuk korang pun sama gak hehe. Maklumlah, orang macam ak nie apelaa sangat kan. N n dats y lar selagi ak still bernafas, bernyawa ak nak tambah ilmu. Jap, perasan ta ayat ak macam ahli sastera cket? Haha(perasan). Kemain lagi nak menambah - nambah ilmu yerk. No, I'm serious dude. Pentingnya ilmu itu dicari dan dituntut, dan Nabi s.a.w pernah bersabda (riwayat Ath - Thabrani)

"Tak wajarlah bagi orang yang berilmu, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tak wajarlah bagi orang yang berilmu, berdiam diri atas ilmunya."

See? Kan? Islam sendiri menggalakkan kita menuntut ilmu yang bermanfaat untuk dibekalkan bersama. Ayuh kawan - kawan! Selamat dunia akhirat InsyaAllah. Emm...dalam ak membaca- baca kitab tuh, ade satu petikan nie ak suka sangat.

"Akhirat itu di depan dan dunia itu di belakang, Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh. Perbekalan itu sedikit. Bahaya itu besar. Dan jalan itu tertutup."

Sepaham ak lar (budak tak bape nak expert), correct me if I'm wrong. Apa yang cuba disampaikan adalah akhirat yang perlu kita utamakan daripada dunia kerana yang pasti dunia ini hanya persinggahan manakala akhirat itu kekal abadi. Dn yang pasti, ajal semakin dekat mengejar kita namun perjalanan masih jau. Belum sempat pun kita menuntut ilmu untuk dibekalkan secukupnya. Dan itulah bahayanya. Terjebak, terpengaruh pada cinta dunia...maka jalan itu sudah pun tertutup. Di masa itu barulah kita sedar betapa agungnya seruan Yang Maha Kuasa selama ini.

Jadi itulah pentingnya belajar itu tadi. Ibnu Mas 'Ud pernah berkata, "sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dilahirkan berilimu, kerana ilmu itu adalah dengan belajar". Tidak kiralah samada ilmu itu berbentuk fardhu ain or fardhu kifayah. Ak ta abes baca bab fardhu ain n kifayah nie ag so...hee ta dapat lar nak share some thought. Masih banyak lagi yang ak kena belajar. Setelah apa yag telah ak fahami benda baru yang ak belajar, akan ak kongsikan bersama korang - korang sekalian. Allah s.w.t juga pernah berfirman di dalam Surah Ali' - Imran, ayat 187,

"Tatkala diambil oleh Allah akan janji dari mereka yang diberikan kitab supaya diterangkannya kepada manusia dan tidak disembunyikannya"

Allah s.w.t menekankan agar memberi petunjuk, bimbingan serta peringatan kepada yang lain - lain. So, ak fikit dalam kes ak nie... Ta salah kan? Sesiapa pun, yang memiliki kelebihan ilmu di dalam sesuatu ilmu...buat apa disimpan seorang sahaja kan kan? Sebagai contoh, maybe si A taw pasal cara- cara nak anyam ketupat (mentang- mentang da nak raya) n si B plak taw cara nak wat kuah kacang. Fuhh, jika masing - masing saling menukar - nukar resipi. Kan da superb! Memang ketupat tuh kawannya makan dengan kuah kacang. Saling melengkapi suda. Mengajar orang yang tidak tahu itu sedekah, dan menuntut itu pula IBADAH. Plus, pengetahuan yang ada, akan berkembang jika dikongsi bersama. Bukankah sharing itu caring..? Ewahh, kemain lagi kaw yerk Syuhada nka bercaring - caring haha.

Nampaknya, setakat nie jela yang mampu ak share untuk arinie. Till then, see you again.

p/s:amek masa seminggu nak susun ayat tok entry nie.huhu, hopefully oke - oke saja ya!