Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Friday 23 September 2011

my test made from Allah

Assalamualaikum,

Wassup korang? Cane life korang? Haha. Ak tanya macam da ape jer dah. Tapi klaw korang tanya pasal ak? Haha. Ak tataw nak jawab apa. Nampak sangat ak nie lemah. Ye, memang pun. Ak lemah. Baru diuji dengan beberapa ujian oleh Allah ak da mula give up. Ak terasa diri ak tak berguna. Ak mula rasa yang ak nie loser. Failure! Totally langsung tade kekuatan. Padahal bila difikir blek ujian tuh kecil jer. Ak rasa diri ak tak cukup bagus dari semua benda.

Ak terasa....

Ak seorang hamba Allah yang lemah, selalu lupa kat Dia

Ak tidak layak dipanggil anak yang solehah

Ak bukanlah adik atau kakak yang bagus, yang boleh dijadikan contoh

Ak seorang kawan yang sering menyakitkan hati sahabat- sahabantnya

Ak seorang yang mementingkan diri sendiri, ak...tak cukup bagus....

Ak tak cukup bagus dari semua aspek.


Ak terasa down. Kenapa ak? Kenapa orang lain ak nampak okey jer?! Tapi... ak? Entahlah. Ak bukan nak emo. Ak juz rasa yang ak da tade kekuatan sampai satu tahap ak terasa sangat - sangatlah down. Ak cuba tok mengumpul semula kekuatan yang ada. Cuba memperbaiki diri. Dan, ak cuba mencari - cari kata - kata semangat dan akhirnya adalah ak jumpa beberapa.

"Bila anda bersedih hati,ingatlah pada DIA.Pujuklah diri,”Aku yakin dengan Allah”.InsyaAllah,diri perlu selalu diperingatkan kerana syaitan itu licik dan bijak.Jangan kerana kesedihan hati anda atas luka lama menyebabkan anda berputus asa dan menyalahkan diri.Sesungguhnya,setiap yang berlaku itu adalah tiket kita untuk meraih cinta yang ESA.Ingatlah,perkara buruk yang berlaku itu hanyalah pengkelasan manusia ke atas nasib diri yang tidak terbela,sedangkan pada pandangan Allah semuanya baik belaka."

"Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan."

"Yakinlah dengan hikmah Allah. Yakinlah dengan semua janji-janjiNya. Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik. Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah. Kita sememangnya layak diuji!"

"The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything"

"Do not pray for easy lives. Pray to be stronger men."

the end... (yang tak bape nak end)... Akhirnya ak berserah dan percaya ujian ini ada hikmahnya. Dan jangan mudah putus asa. Semoga Allah kuatkan imanku dari terus tergoda dengan hasutan syaitan... Yang akhirnya memusnahkan segala harapan dan cita - citaku.