Si Sempoi Banyak Songeh

check out my other blog in this link
31 DECEMBER 2012

Saturday 26 November 2011

kehidupan di tempat baru, aku boleh survive ker nie?!

Hye hello assalamualaikum semua, same like how I introduce myself kat dalam kelas BEL yang pertama ( kelas english language).

Bersua kita lagi setelah lebih kurang seminggu lebih tidak dengar cerita hehe. How are you doing? Cewahh, speaking plak kaw Syuhada. Bagaimana hidup? Semakin ceria atau semakin murung? Oke, dah banyak sangat nie aku tanya. Mesti korang akan tanya aku balik kan...? Haaishh, tak payah nak tanya sangat lahh. Aku masih di dalam keadaan yang sama. Cuma bezanya aku sudah semakin busy dengan kelas - kelas serta aktiviti - aktiviti dalam kampus. Heheheh, best lar jugak. Masih lagi sedang cuba untuk biasakan diri.



Memang masa time hari first aku rasa nak balik sangat sebab tak tahan dengan 'seksaan' kakak - kakak OC yang jaga MDS (Minggu Destini Siswa) kitorang. Haha, tak cukup tido, terpaksa duduk di tengah jalan seawal 4.45 pagi. Then, berarak cepat - cepat dari kolej ke DSI (Dewan Sri Iskandar). Tempoh masa makan yang diberi hanya 5 minit jeh. Mesti pakai baju kurung n pakai seluar track dalam kain. Ohh, sangat panas. Kena marah bila tersengguk - sengguk kat dalam DSI. Aku sampai terbaring - baring kat dalam PI (Pusat Islam, masjid) time solat subuh. Sebab tidur pun tak cukup, aktiviti sampai tengah malam. Sangat penat. Memang kitorang dalam mds nie memang tak duduk kat dalam kolej langsung. Nak tahu tak? Pengalam time mds yang paling aku takkan lupa which is di saat aku terjatuhkan HANDPHONE ke DALAM LUBANG TANDAS DSI! Terima kasih banyak - banyak. Memang time tuh aku down sangat - sangat lahh. Aku memang tak boleh nak hidup kalau takde handphone. Yes, betul. Entah macam mana entah boleh plak die tergolek - golek. Benda tuh berlaku sekelip mata jeh. Tak sempat pun aku nak capai phone aku tuh. Dah lar die punya lubang die jenis dalam giler punya taw. Memang tak boleh nak diselamatkan lahh phone aku tuh. Huuhhh apelaa nasib kan. Dalam dua hari jugak aku takde phone. Then, buat sementara waktu aku pakai num mama aku until lahh semalam aku renew balik num lama aku tuh. Maybe ade hikmahnya phone aku jatuh tandas. Maybe aku akan dibelikan phone yang baru. Mungkin, haha. By the way, semua yang aku lalui nie adalah pengalaman. Yess. MDS best sebenarnya. Bukan senag nak dapat pengalaman cenggitu. Aku sempat lahh jugak meng - usha - usha abang - abang OC yang rupawan haha. Alaaa, biasa - biasa jeh sumenya. Hee :D

Lepas menjalani 5 hari MDS ( aku dalam mood bahasa skema), aku dengan salah sorang roomate aku dapat satu kelas yang sama - sama. Alhamdulillah, pape pun memang kitorang berdua jelahh. Aku dapat kelas D. Pengkelasan kelas tidak bermaksud yang group A nie bagus dari group B or pape oke. Lecturer- lecturer pun oke. Terutamanya untuk subjek CTU, n BEL. Sempoi larr. Hari pertama aku masuk kelas CTU, lecturer or ustaz sebab CTU nie subjek agama. Kitorang dah diberi assingment. Huhu. Yang subjek lain just homework biasa- biasa aje. Aku kan, selalu terbiasa panggil lecturer aku tuh cikgu. Haha, ape kaw ingat ini sekolah ka?! Agak jauh jugak kitorang terpaksa berjalan dari kolej ke fakulti. Ulang - alik tiga empat kali dalam sehari. Kaki roomate aku sampai melecit teruk lar. Klau korang semua jumpa aku, sure korang akan cakap aku dah gelap. Biasalah tuh, aku sememangnya kurang cantik dari dulu (rendah diri). Kawan - kawan kelas, masih malu - malu lagi antara satu sama lain. Hanya 8 lelaki jer yang ada kat dalam kelas kitorang. 8 DARIPADA 34. Hhehe, kami mendominasi! Aku dengan roomate - roomate aku pulak memang masing - masing otak gila. Aida dari Penang, Nalya ngan Thiah plak dari Selangor. Huuhh, ade jelahh benda lawak yang nak disembang dalam bilik. Tapi kitorang tak ber- ice breaking pun lagi. Masa tak mengizinkan, but maybe balik cuti nie kitorang nak buat lahh.

So far, yang boleh aku katakan di sini. Aku masih lagi sedang cuba tok biasakan diri tinggal kat sana. Biasalah, baru sekarang nak belajar berdikari. Payah sikit lahh kot. Tapi, InsyaAllah aku akan baik - baik saja. Korang pun doakan lahh untuk aku yerk hee. Sorry, actually ade jer gambar - gambar aku kat sana. Tapi, disebabkan masalh teknikal yang disengajakan. So aku dapat tunjuk korang gambar- gambar batch aku time MDS, yang aku amek dari fb MPP Uitm Perak. Mintak maaf lahh yerk kepada abang - abang MPP saya amek gamba - gamba hak milik MPP eh. Wehee, till then. Semoga ketemu korang di lain hari :)

p/s:disebabkan ade masalah teknikal lagi, makanya memang aku hanya mampu letak satu gamba jelahh kesian sangat haihhh.